Wednesday 30 November 2011


senyumlah sayang...

senyumlah sebagai tanda redha...moga engkau selalu begini...



senyumlah sayang, senyumlah diri,
di saat keperitan hidup menggigit diri,
di saat kepahitan silam menghantui,
sedarlah engkau sedang diuji,
kerana engkau bukan dianiayai,
tapi sedang di sayangi,
oleh Dia yang menguasai langit dan bumi.


senyumlah sayang, senyumlah diri,
syukurlah andai dirimu Allah uji,
jangan menyerah jangan berhenti,
kerana peluang hanya sekali,
jangan sebelum ajal engkau mati.


senyumlah sayang, senyumlah diri,
ingat janjiNya yang tidak akan dimungkiri,
yakinlah, keperitan itu akan pergi,
dan kebahagiaan itu sedang menanti,
walau mungkin bukan di sini,
kerana dunia ini bakal dimusnahi,
akhirat juga yang kekal abadi.

Mengapa manusia di uji?




Manusia di uji untuk menyerlahkan nilai dirinya di sisi Tuhan. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita. Iman dan ujian saling berkaitan. Apabila di uji baruah diketahui apakah hati kita telah yakin (beriman) atau masih ragu-ragu.

Firman Allah S.W.T:
“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum di uji?” (Al-Ankabut ayat 2)

Sungguhpun begitu Tuhan menguji manusia atas sebab-sebab yang berbeza. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Ujian yang berlaku kepada menusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.”



Tiga sebab mengapa Allah menguji manusia:


KIFARAH

Kifarah adalah ujian ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Maka ketika itulah dia di uji. Allah jadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai ‘tebusan’ untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya didunia untuk melepaskannya daripada balasan di akhirat(neraka). Ini adalah lebih baik kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbading azab di akhirat. Dengan kifarah, ‘orang baik’ itu akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu bertaubat kepada Allah.

Firman Allah SWT;
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Az-Zukhruf ayat 48)


BALA

Yakni ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah jadikan ujian itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum di akhirat dengan hukuman yang lebih hebat dan dasyat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan di dunia lagi sebelum di azab di neraka. Mereka akan di azab dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat. Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas ‘orang jahat yang sedang melakukan kejahatan’. Umat Nabi Nuh ditenggelamkan banjir, Firaun yang ditelan laut Merah, Qarun ditelan bumi, kaum Add, Tsamud oleh hujan batu dan bencana alam yang lain.

Firman Allah SWT;
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (At-Taubah ayat 74)


IBTILA’

Ini ujian ke atas orang baik ketika mereka sedang melakukan kebaikan. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala dan di tinggikan pula darjatnya di sisi Allah. Jika tidak di uji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah dari Allah? Maka dengan ujian bentuk inilah ada kalangan pada Ulul Azmi-yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, ibtila’ ialah ujian ke atas ‘orang baik yang sedang melakukan kebaikan’. Golongan para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan solehin adalah mereka yang sentiasa di uji dalam bentuk ibtila’ ini.

Firman Allah SWT;
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah ayat 214)



Penutup: Lihatlah dengan mata hati

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah ayat 155 dan 156)

Ujian Allah, hanya orang-orang beriman yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di sebalik ujian yang menimpa itu. Berkata seorang ahli hikmah, Ibnu Ataillah Askandari, “Barangsiapa yang menjangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Yakinlah ujian itu sebagai satu sunnatullah(peraturan Allah) yang tiada sesiapapun dapat menghindarkannya. Hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Firman Allah;
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”(Al-Mulk ayat 2)

Oleh itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negative kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Bila di uji, sedarlah, insaflah… sekurang, kurangnya kita mesti merasakan kita sedang di uji dengan kifarah. Dengan itu, kembalilah kepada Allah… segerakan taubat pada-Nya.

Lihat sikap Rasulullah SAW, walaupun Baginda tidak berdosa, tetapi oleh kerana gentarnya terhadap seksaan dari Allah, baginda akan bergegas ke masjid setiap kali hujan rebut atau angin kuat melanda. Di masjid Baginda akan bersembahyang dan berdoa untuk keselamatan diri dan umatnya daripada bala bencana yang mungkin datang bersama rebut dan angin kuat itu.

Bila di uji, sabarlah… renungkan… lihatlah dengan mata hati…

"Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya
adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikiankecuali bagi seorang
mukminyang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik
baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik
baginya". (Hadith riwayat Muslim)

Ujian Allah, bagi yang berdosa, ia merupakan kifarah untuk mengingatkan kelalaian. Bagi yang taat, mendapat ibtila’ itu meningkatkan darjat. Yang penting bukanlah apa yang telah berlaku, tetapi apa yang harus kita lakukan(bertindakbalas) terhadap ujian itu.

Allah sering mengingatkan manusia dengan ‘melontarkan’ batu-batu kecil, tetapi jika peringatan itu diabaikan, Allah akan mula ‘melontar’ dengan batu-betu besar. Dan jangan tunggu dihempap gunung, baru hendak berubah. Semoga takdir-Nya(ujian Allah) itu akan menyebabkan tadbir kita lebih bijaksana. 

Sabda Rasulullah SAW;
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya(tahu besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”

 moga hatimu semekar bunga itu...


Tuesday 29 November 2011


Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah;

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung.Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu sepertikuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asasseperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur(mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha(mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


contoh 1: Tudung Akel bidang 50.


Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^


Sajak Cinta Buatmu Bakal Kekasih.



Buatmu yang ku nanti dengan penuh kesabaran & penuh tawakal-lillah..

Sajak Cinta Buatmu Bakal Kekasihku Yang Doaku Kini Sedang Damai Dalam Kasih & Sayang Allah...


Dengan Nama Allah, 
Ku mulakan kalam cinta ini..

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tidaklah semestinya manusia juga cinta kepada kita.

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai dia yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,

Nescaya,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cinta & jiwanya kepada Allah juga...


Subhanallah! 
Begitulah indahnya cinta Hakiki,
Cinta yang membuahkan bahagia berpanjangan..
Keindahan & keharuman sepanjang jalan..

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh,
Yang ditetapkan olehMu untukku,

Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana cintaku kepadaMu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku yang juga bersandarkan hanya keranaMu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh,
Yang ditetapkan olehMu untukku,

Maka,
Berikanlah aku kekuatan padaku untuk pasrah,
Dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku..

Sesungguhnya Allah..
Ku harapkan cinta sesama insan ini,
Bersandarkan kepada tautan redha & kasihMu ya Tuhan...

Kerna apalah adanya pada cinta yang bertaut tanpa redhaMu.
Kaku, kosong, hambar & lesu seiring pudarnya rasa cinta palsu.
Cinta yang penuh beralasan..

Bahkan cinta yang bersatu kerana ada diriMu,
sebagai pengantaranya,
Itulah sebaik-baik pilihan,
Kerana Engkaulah sebaik-baik tempat bersandar,
Tempat memohon pertolongan,
Dalam meniti titian yang rapuh,
& penuh beronak duri ini.

Tanpa iman, takwa & mahabatullah,
Akan tersungkurlah cinta itu..
Sebelum sempat dipersembahkan kepadaMu..

Sesungguhnya ku harapkan cinta yang halal ini.
Semata-mata kerana ingin menyempurnakan keimanan & ketakwaan. 
Juga ku harapkan cinta yang berkah ini..
Untukku bawa dalam perjalanan menemuiMu wahai Tuhan..

Namun,
siapalah aku untuk menafsir ketentuan..
Sedangkan aku beriman padaMu,
& sangat yakin..
KetentuanMu adalah yang terbaik..

Daripada suratun-Nur, surah ke 24, ayat ke 26: Dan Maksud firmanMu ya Allah;

"Perempuan-perempuan yang keji [penzina] untuk lelaki-lelaki yang keji [penzina], & lelaki-lelaki yang keji [penzina] untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), 
Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, & lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperolehi ampunan Allah & rezeki yang mulia [yakni syurga]."

Izinkanlah aku ya Allah.. 
Untuk menjadi pencintaMu yang solehah... 
& memperolehi cintaMu.. 
& bertemuMu & rasulullah SAW..

Dalam raudhah jannahMu yang indah itu..



Mudah-mudahan Allah meredhai..

Allahu 'alam..

9 Panduan Hindari Zina.


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian zina pada keturunan Adam (manusia), ketentuan ini tidak dapat ditolak. Zina kedua mata adalah pandangan, zina lisan adalah perkataan, sementara nafsu yang berangan-angan dan menginginkan, lalu kemaluan yang membenarkan dan mendustakannya." [Riwayat Muslim]
Desakan jiwa yang meronta lantaran suasana sekeliling, hambatan hati yang mendengus lantaran keadaan persekitaran yang terbuka, semangat ingin mencuba lantaran ajakan atau perlian kawan yang mendesak, keghairahan nafsu serta bisikan syaitan yang berterusan, semuanya itu merupakan faktor atau punca beraninya manusia melakukan larangan serta tegahan Allah, termasuk melakukan dosa besar; zina.

Untuk mengelakkan berlakunya zina, panduan berikut perlu diusahakan.;

Panduan 1: 
Menuntut Ilmu.

Tuntutlah ilmu supaya datangnya kesedaran tentang haramnya zina serta bencananya. Mengetahui hukum adalah langkah yang paling asas untuk mengukuhkan iman. Hadirilah majlis ilmu kerana belajar dengan berguru akan menjadikan kita terpimpin.


Panduan 2: 
Amalkan Ilmu.

Ilmu agama semata-mata tidak memadai untuk menguatkan iman dan mendatangkan kekuatan bagi menjauhi zina, andainya ilmu itu tidak diamalkan sungguh-sungguh. Selain Ilmu syariat, seseorang itu perlu mendalami ilmu tauhid dan akhlak, agar rasa sentiasa diawasi oleh Allah, bukan setakat mengetahui Allah itu Maha Melihat.

Mudah-mudahan dengan rasa sentiasa diawasi, seseorang itu akan malu untuk menghampiri zina, apatah lagi untuk berzina. Jika dilihat orang pun dia akan malu, apatah lagi jika Allah SWT yang melihat. Rasa malu kepada Allah ini adalah akhlak hamba kepada Tuhannya. Ia merupakan benteng daripada terjebak kepada kemaksiatan.


Panduan 3: 
Dekati Orang Berilmu.

Selain menghadiri majlis ilmu secara rasmi, seseorang itu perlu mendekati orang berilmu dalam suasana tidak rasmi bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan teguran.


Panduan 4: 
Berusaha Menjauhi Dosa.

Hindari dosa2 kecil yang membawa kepada terbiasanya melakukan dosa-dosa besar. Tinggalkan perkara yang makruh yang Allah tidak suka, serta jauhi sama sekali perkara haram yang Allah murkai.


Panduan 5: 
Menolak Segala Jalan Yang Membawa kepada Menghampiri Zina.

Dengan kata lain, menutup semua 'pintu' yang boleh mengarah kepada zina. Dalam istilah fikah, ia disebut sadduz zara'ik. Antaranya;

* Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, terutama mengelakkan dari berdua-duaan.
* Mengelakkan dari mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat serta tidak sempurna menutup aurat.
* Mengawal mata dari melihat perkara-perkara yang tidak halal yang boleh menaikkan nafsu seperti menonton pornografi atau melihat gambar lucah.
Rasulullah SAW menegaskan;
"Pandangan itu merupakan seutas panah beracun daripada panahan iblis. Barangsiapa yang menjaga atau mengawalnya, nescaya Allah akan mengurniakan jiwanya dalam kemanisan ibadat yang akan dirasainya sehingga hari kiamat." [HR: Imam Ahmad dan At-Tabrani]
Kata Pujangga Islam;
"Sesiapa yang menjaga pandangannya nescaya Allah akan menjaga jiwanya."
*Hindari tempat-tempat yang menimbulkan fitnah seperti tempat yang menggalakkan pergaulan bebas dan aktiviti maksiat.


Panduan 6: 

Mengamalkan Zikir.

Zikir yang diamalkan secara berterusan dan tersusun mampu mensucikan hati. Hati yang bersih akan kuat menolak ransangan nafsu untuk berbuat dosa.


Panduan 7: 
Bergaul Dengan Orang Yang Baik-Baik.

Pergaulan dengan orang yang baik akhlaknya, baik amalnya dan baik ilmunya dapat membantu seseorang untuk menghindarkan maksiat, kerana yang baik akan memimpin dan mengajak kita ke arah kebaikan. Mestilah kuatkan azam untuk mencari sahabat-sahibah yang dapat membantu memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan berusahalah mewujudkan suasana pergaulan yang baik.


Panduan 8: 
Sibukkan Diri Dengan Ibadah Dan Kerja Kebaikan.

Jika selama ini seseorang itu ketagih melihat filem porno di internet, dia mestilah melawan ketagihan itu dengan penuh keazaman dengan banyak mengisi masa beribadah dan melakukan kerja-kerja kebaikan yang lain.


Panduan 9: 
Amalkan Sunnah Nabi SAW.

Adab-adab seharian bermula daripada bangun tidur hingga kita tidur kembali yang menjadi amalan Rasulullah SAW; marilah bersama kita sekeluarga amalkan. Yakinlah apabila kita bersungguh-sungguh 'ketagih' mengamalkannya dan menjadi amalan seharian, insyaAllah Allah akan memberi kekuatan untuk kita mampu mengawal diri daripada perlakuan yang tidak baik.

Sesungguhnya setiap amalan Rasulullah SAW bersulamkan doa-doa yang merupakan menjadi pelindung diri daripada pelbagai musibah.

Wallahu 'alam.

Tuesday 1 November 2011

10 TIP MENGHINDARI MARAH

“Saya seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan!!!…

  • IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”.

  • Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

  • 1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

  • 2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

  • 3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

  • 4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

  • 5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

  • 6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

  • 7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

  • 8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

  • 9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

  • 10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN

 

  • Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 

  • Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. 

  • Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. 

  • Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

  • Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. 

  • Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

  • Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja 

  • Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

  • Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

  • Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. 

  • Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. 

  • Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. 

  • sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. 

  • Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek... 

  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 

  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 

  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

  • Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

  • Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..
SENARAI 10 CARTA DOSA ANDA DI DUNIA DAN ANUGERAH YANG BAKAL ANDA TERIMA DI AKHIRAT*


 Peringatan buat diriku serta rakan-rakan seagama yang selalu terlupa dan leka...


1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.
2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.
3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar
4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah
5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka
6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan
7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu.
.8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka
9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka
10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang
                  10 PERINGATAN DI BUMI
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Dibawah ini di senaraikan 50 sifat dan tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan hadis rasulullah s.a.w untuk peringatan bersama,di antaranya ialah :

1. Malas beribadah kepada allah.

2. Lupakan kepada allah.

3. Lalaikan solat fardhu.

4. Mempercepatkan mengerjakan solat.

5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.

6. Meninggalkan solat jumaat.

7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.

8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.

9. Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.

10. Mengamalkan riak.

11. Hasad dengki.

12. Dusta.

13. Mungkir janji.

14. Bakhil.

15. Fitnah.

16. Mencaci maki.

17. Mengumpat.

18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.

19. Mengengkari Takdir allah.

20. Mempersendakan kesucian Agama.

21. Enggan berjihad dijalan allah.

22. Menghina sahabat Rasullah.

23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.

24. Menangguhkan pembayaran Hutang.

25. Menipu dalam jual beli.

26. Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).

27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.

28. Memakan harta anak yatim.

29. Membuka rahsia orang lain.

30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.

32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.

33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.

34. Bermuka dua (talam dua muka).

35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

36. Sombong antara sesama manusia.

37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.

38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.

39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.

40. Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.

42. Menghianati sesuatu amanah.

43. Memutuskan hubungan silaturahim.

44. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.

45. Menghalalkan perkara yang haram.

46. Membuat kerosakan dimuka bumi.

47. Menuduh orang beriman bodoh.

48. Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.

49. Bersumpah dengan selain nama Allah.

50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.