Monday 31 October 2011

erti persahabatan


SAHABAT SEJATI
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.
Makna persahabatan utk diri aku sendiri
Gambar di atas merungkai segala yg tersurat & tersirat dlm hati aku. Hmmm, aku pnh punya sahabat satu tika dulu & aku juga punya sebuah persahabatan yg akrab dahulu. Geng2 aku terdiri dari 5 org gadis & diberi nama TULIS’s GIRL. Memasing juga punya warna tersendiri dlm corak perhabatan aku. Tapi, itu dahulu sewaktu umur aku 13thn – 15thn (F1-F3).
Lebih dari 15thn aku cuba melupakan geng2 aku. Disebabkan mereka juga hati aku keras utk menerima salam persahabatan semula. Disebabkan mereka jugalah hati aku telah punah dlm harapan… Banar kata seorg sahabat aku (F………….) jgn krn dia seorg aku tak mahu berjumpa semua. Mslhnye, yg menimbulkan mslh ada mereka berdua yg kena tempiasnya aku & F……..
Aku yg masih kekal di situ mengharungi segala derita sedangkan dia? (N……..) tergamak mereka2 cerita keburukan aku & sahabat2nya yg lain. Hinggakan org lain menuding kesalahan pada kami semua. Kamu yg tak berjaya! Kamu yg taknak memajukan diri sendiri! Sudahnya, kesalahan di bahu kami kah?
Sudahlah aku tak mahu merobek cerita lama… Kemudian, terbuka hati aku menerima salam persahabatan dari sahabat yg Pan Asian (masa umur aku 19thn – 21thn). Masa di U kamilah sehati & sejiwa… Hinggakan org gelar kami lesbian!!! Tapi kami tak peduli demi pepatah air yg dicincang takkan putus. Namun, hati aku terluka sekali lagi bila dgn terang-terangan dia menuduh aku ingin merampas boyfriend dia.
Apa yg aku tahu bf dia call aku bgtau mslhnya dgn (M………….) Sudahnye, mlm jahanam itu dia menjerit2 mcm org histeria dgn maki hamun pada aku menyatakan bf dia selalu puji aku gadis baik dll menyebabkan dia dengki kah? Hati aku amat terluka dgn kata2 tersebut. Salah aku ke? Sedangkan aku & dia sama2 bawa bf masing2 & makan bersama2…..
Aku telah maafkan dia tapi utk membina kembali tali persahatan dgn tidak mungkin… Cukuplah hati dirobek utk kedua kalinya…
Hmmm, sehingga kini hati aku masih kering & tidak menerima salam huluran persahabatan sprt dulu. Mungkin aku boleh jadi sahabat yg baik tapi tidak utk memberi komitmen sprt sewaktu lama dahulu. Hati yg terluka tidak mungkin sembuh…

Azab Bagi Seorang Wanita

(Tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat


Renungan!!!!

Khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab,

"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Salam Ukhuwah..~

10 CIRI ANAK SOLEH & SOLEHAH

1.Mempunyai iman dan aqidah yang sempurna

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa,membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal

3.Menghormati Ibubapa,guru,orang tua,jiran & kawan.

4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

7.Memiliki akhlak dan moral yang baik.

8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan mahupun pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.
Alhamdulillah, dah habis bacakap? jadi ada tak ciri-ciri anak soleh? kalau ada bagus, kalau takde jom kita berubah, jangan lagi kita mengecewakan ibu bapa dengan sikap kita yang tidak elok kerana hidup ini selih berganti, umur kita semakin meningkat dan masih belum terlambat untuk berubah.

Titipan Untuk Wanita

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

  • Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
  • Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
  • Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
  • Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
  • Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
  • Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
  • Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
  • Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
  • Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
  • Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
  • Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
  • Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
  • Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
  • Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
  • Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
  • Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
  • Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
  • Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
  • Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
  • Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
  • Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
  • Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
  • Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
  • Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
  • Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


-Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
-Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
-Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
-Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
-Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

-Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
-Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..


  • Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Petua Mencari Lelaki Yang Baik

Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Namun begitu, apakah petua yang dapat wanita gunakan dalam mencari seorang lelaki yang baik ini? Berikut merupakan petua yang dikongsikan oForum Tentang Cinta.


1. Yang berkemampuan.


2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.



4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.


5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.


6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.


7. Mudah memaafkan.


8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.
Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah... :)

24 Peringatan Buat Wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
󾬑 SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN 󾬑
󾫺Siapa kata jadi perempuan tu SENANG󾬊

󾫺Na
k kena tutup sana, tutup sini

󾫺Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

󾫺Perempuan, stoking pon kena pakai

󾫺Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

󾫺Komfem x tahan bertutup semua

󾫺Tapi, perempuan cool jek

󾫺Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan󾬊

󾫺Siapa kata jadi perempuan tu senang󾬊

󾫺Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

󾫺Nak pergi kelas pon susah

󾫺Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

󾫺Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

󾫺Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

󾫺Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

󾫺Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

󾫺Hebat kan perempuan󾬊

󾫺Siapa kata jadi perempuan tu senang󾬊

󾫺Hati ni Allah jadikan lembut betul

󾫺Cepat jek sensitif

󾫺Cuba tengok orang putus cinta

󾫺Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

󾫺Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

󾫺Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

󾫺Siapa yg paling teruk menangis󾬊

󾫺Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

󾫺Lembut tak lembut hati perempuan

󾫺Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

󾫺Hebat tak perempuan?

󾫺Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

󾫺Diorang cakap, Allah x adil

󾫺Kenapa Allah lebihkan lelaki󾬊

󾫺Kenapa perempuan kena dengar cakap suami󾬊

󾫺Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami󾬊

󾫺Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

󾫺Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

󾫺Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

󾫺Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

󾫺Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

󾫺Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

󾫺Kesian kan kat diorang󾬊

󾫺Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

󾫺Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

󾫺Persoalannya sekarang

󾫺Betul ke Allah x adil dengan perempuan󾬊

󾫺Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

󾫺Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya󾬊

󾫺Betul, isteri kena ikut cakap suami

󾫺Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

󾫺X adil lagikah Allah pada perempuan󾬊

󾫺Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

󾫺Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

󾫺Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

󾫺Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

󾫺Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

󾫺Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

󾫺MashaAllah, hebatnya perempuan kan󾬊

󾫺Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

󾫺Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

󾫺Banyak lagu pasal perempuan kan󾬊

󾫺Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

󾫺Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

󾫺Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

󾫺Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

󾫺Orang akan cakap:

󾫺'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

󾫺Kita x pernah dengar orang cakap:

󾫺'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

󾫺Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu󾬊

󾫺Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan󾬊

󾫺Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

󾫺Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

󾫺Perempuan senang nak masuk syurga

󾫹Tengok hadis ni:󾫹
󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡

󾫺X adil lagikah Allah dekat perempuan󾬊

󾫺Oh perempuan, sedarlah

󾫺Betapa sayangnya Allah dekat kita

󾫺Betapa cintanya Allah dekat kita

󾫺Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah󾬊

󾫺Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

󾫺Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

󾫺Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

󾫺Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan󾬊

󾬐Sekadar perkongsian bersama 󾌵

󾬘~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~󾬘

󾬓󾬔Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi󾬖󾬕

Sunday 30 October 2011


                                               ERTI SEBUAH PERSAHABATAN...


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??


Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??


Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....



Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.


Kirim balik jika awak anggap saya teman awak selamanya.

Kirim ke semua teman awak......dan lihat berapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!! !!!!!
frenz never break....... .....

'CINTAILAH DIA SEBELUM MENCINTAI SESAMA MAKHLUK'

Kenapa kita perlu mencintai Tuhan??? Sebab Dia menciptakan kita??? Sebab Dia memberikan kita hidup dan peluang bernafas di dunia ini??? Itukah sebab utama??? Semua tu adalah jawapan yg biasa kita dengar.

Baik, sebab apa kita menyayangi ibu bapa??? Sebab mereka melahirkan kita??? Ya, betul... Tapi itu bukan sebab yang paling utama. Kita menyayangi ibu bapa, kerana kasih sayang mereka kepada kita. Begitu juga dengan Tuhan. Kita perlu mencintai Tuhan kerana cintaNya kepada kita.


Dapatkah kamu rasa cinta Tuhan??? Cinta Tuhan ibarat angin yang tidak dapat dipandang zahir. Tidak dapat ditangkap pandangan mata. Hanya mata hati yang mampu merasakan kehadirannya.

Namun ramai manusia mengatakan cinta pada Allah, namun tidak mejiwai perasaan itu. Mereka tahu Allah itu Maha Melihat, tetapi mereka lupa, Allah sentiasa berada di sisi. Allah bukan saja memerhati, malah Allah ikut sama dalam setiap perbuatan. Bukan saja melihat tingkahlaku kita, bahkan tahu segala tindak tanduk dan niat di dalam hati kita.

Saya sekadar memberi peringatan. Terutamanya kepada diri saya sendiri. Kerana manusia itu lumrahnya mudah lalai dan lupa. Tiada cinta yang perlu diletakkan ditempat paling utama melainkan cinta kepada Tuhan. Cinta yang kekal, jika kita pandai menjaganya. Jika kita tahu menghargai nilai cinta tersebut. Sedangkan cinta kepada manusia itu tidak menentu...
cinta yang di bina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang 


luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan..

ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan



 cintanya pada-MU, agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-MU..

Ar-Rahman, jika aku jatuh hati pada seseorang, izinkanlah aku menyentuh hati 



seseorang yang hatinya tertaut kepada-MU agar tidak terjatuh aku dalam

jurang cinta nafsu



ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling


daripada hati-MU

erti persahabatan