Fitrah Lelaki dan Wanita
1) Sifat Kemachoan vs Sifat Keperempuanan
Lelaki
- Kekuatan lelaki terletak pada ego mereka. Ego mampu melahirkan sifat kepemimpinan secara naturalisasi, membina suasana persaingan, faktor keiltizaman yang tinggi, membina jati diri, memelihara maruah sebagai seorang lelaki, tidak mudah mengalah dll. Unsur ini menjadi positif bila mana mereka; Sang Lelaki pandai menyeimbangkan dan menstabilkannya mengikut keperluan. Contoh, mempertahankan agama,
- Kemachoan lelaki bukan sahaja terletak pada kekuatan fizikal, aspek rohani lebih memberi nilaian yang lebih mahal. Aspek rohani yang ana maksudkan ialah 'membiasakan' diri dengan sifat mahmudah seperti rendah diri, menghormati pandangan, dll).
- Perwatakan dan penampilan memberi tanggapan awal kepada orang sekeliling tentang diri mereka. Penampilan dan perwatakan masing2 mempunyai tarikan yang tersendiri dan menjadi mahal bagi seseorang yang meminati mereka. Walaupun begitu, faktor kekemasan dan sewaktu dengannya menjadi modal utama dianggap catchy dimata masyarakat. Perwatakan yang positif seperti keberanian, keyakinan, humor(pandai berjenaka) dan sebagainya cukup menanggapi orang sekeliling dengan aura dan magnet yang positif.
Wanita
- Emosi merupakan kekuatan wanita yang sukar untuk kita pertikaikan lagi. Dengan kekuatan emosi mereka boleh berkorban, berjasa, menyuarakan pandangan dan sebagainya.
- Kelembutan wanita menyerlahkan keayuan. Sekalipun dilihat tegas, namun kelembutan mereka mampu mencairkan lelaki. Wanita dididik dengan penekanan terhadap kepentingan nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan dan ianya mampu meningkatkan kualiti diri seorang wanita. Benteng diri seorang wanita ialah apabila mereka menjaga agama dan maruah diri.
- Bagaimana kita menginterpretasikan 'menjaga seorang anak perempuan lebih sukar daripada menjaga sepuluh anak lelaki'. Fitrah wanita lebih mudah terikut atau terpengaruh (melihat kepada sudut positif, sifat ini menjadi penting untuk menerapkan aspek taat dan setia kepada keluarga, suami dan sebagainya). Jadi, sifat mereka perlu dibentuk dengan suasana yang sihat demi membina kualiti unggul kerana mereka bakal melahirkan generasi yang mencorak ketamadunan akan datang. Kualiti unggul yang ana maksudkan ialah sifat-sifat yang harus ada dalam diri seorang wanita seperti malu, sensitif, sayang, emosi yang berpada2, ketegasan, kepemimpinan dari aspek yang tersendiri dll.
- Perwatakan dan penampilan mereka sangat dinilai oleh mata umum. Ibarat maruah yang sangat diperincikan dan kedua2 unsur ini menjadi tatapan bila berada dalam khalayak. Unsur sebegini dianggap sensitif oleh wanita kerana mereka dicipta dengan sifat yang kontra dengan lelaki dan ia bertindak sebagai chemistry yang baik. Maka, tidak hairanlah jika perwatakan dan penampilan kaum hawa ini satu medan tarikan yang besar sebagai 'pujaan' individu yang bernama lelaki.
2) Ilmu vs Kematangan
- Melihat kepada kajian islam, sebenarnya lelaki lebih awal mencapai tahap kematangan daripada wanita dari sudut pemikiran. Mereka berkemampuan untuk pick up sesuatu keadaan mahupun perkara yang mereka minati lebih cepat dan tahap kematangan mereka terhadap perkara yang mereka minati itu ke laras outstanding kerana didorong oleh kemahuan dan minat yang tinggi. Contohnya, dalam game yang mereka main sama adaindoor @ outdoor; mereka akan cuba tingkatkan prestasi permainan mereka melalui strategi dan imiginasi serta kemahiran supaya mampu ke tahap penguasaan permainan. Mungkin yang menjadi kepincangan ialah kesedaran yang berperingkat.
- Keistimewaan otak lelaki dan wanita bila mana Allah berikan kekuatan bukan sahaja mampu menyeimbangkan kedua2 otak kiri dan kanan (bila dilatih), malah kekuatan dari segi daya ingatan adalah berbeza. Kajian saitifik menunjukkan otak kanan yang berfungsi sebagai penyimpan maklumat dan memori (kedua2 jantina lelaki dan perempuan) untuk disalurkan ketika bercakap. Ia terbahagi kepada dua situasi iaitu kepada lelaki dan wanita; (1) Lelaki sekiranya mereka bercakap, memori ataupun maklumat yang tersimpan di otak kanan tidak mudah terkesan (lupa) (2) Sebaliknya wanita dikurniakan dengan sedikit kelemahan untuk nilaian positif ditempat lain iaitu setiap kali bercakap, sedikit demi sedikit akan terkesan kepada memori mereka yang membawa faktor otak mereka lebih cenderung untuk bekerja dengan mengulangi cerita atau modal bercakap yang sama supaya tidak lupa.
- Walaupun dari segi kasarnya, wanita dilihat lebih ramai bergraduan berbanding lelaki. Namun, hakikatnya penguasaan ilmu dan kematangan adalah milik lelaki sekiranya mereka benar2 sedar dengan tahap kemampuan mereka. Sememangnya perkara ini turut dinilai dari sudut IQ dan EQ supaya maksud kemampuan diertikan dengan laras yang bertepatan. Jadi, Sedarlah wahai lelaki2?
- Tahap kematangan dan ilmu wanita tidak sama sekali dipandang rendah, kerana mereka juga mampu memberi hujah dan menguasai setanding lelaki. Kelebihan dan kekuatan dilihat pada tahap kesedaran dan keiltizaman yang tinggi. Cuma melihat kepada sudut hakikat, fitrah wanita bersifat 'lemah' (ana mahu pulangkan kepada sahabat untuk nilai lemah dari sudut yang positif dan bersifat subjektif).
3) Kebijaksanaan vs Emosi
- Teorinya (kebiasaan), lelaki lebih bijaksana dan kurang bermain dengan emosi. Manakala wanita kurang sedikit kebijaksanaan dan suka bermain dengan emosi. Sekadar hipotesis secara umum, tapi, ia boleh disangkal sekiranya bergantung pada kebijaksanaan mengawal emosi sama ada lelaki mahupun wanita. Manusia tidak terlepas dari sifat lemah, terkadang emosi akan menguasai situasi dan terkadang berlaku sebaliknya.
- Rata2 wanita lebih dikenali dengan emosinya dan bila mana becakap berkenaan dengan emosi, ia bukanlah satu perkara yang diperendahkan atau dihina, tapi, satu sumber kekuatan. Lelaki kebiasaannya kalah dengan emosi wanita. Ini merupakan satu asbab yang kuat untuk kita katakan lelaki pelengkap bagi wanita dan wanita pelengkap bagi lelaki.
- Kelebihan diperingkat lelaki dikala mood down, mereka mampu menyembunyikan emosi mereka supaya tidak dilihat oleh wanita. Mereka boleh dikatakan 'berlagak macho' kerana perkara ini dianggap maruah bagi lelaki. Walau bagaimanapun, mereka (lelaki) tetap perlukan sokongan @ motivasi diri daripada orang terdekat seperti keluarga, sahabat dan sebagainya.
Penutup
Justeru, lelaki dan wanita akan dilabel sebagai mahal dan berharga apabila mempunyai kualiti diri seperti diatas. Mungkin sahaja apa yang ana rakamkan diatas lebih kepada mengenal siapa 'mereka', tapi mudah2an sahabat2 menilainya dengan baik. Bersama memanfaatkan diri dan bina 'kekuatan' ke arah lebih positif.
No comments:
Post a Comment